Friday 6 June 2014


Assalamualaikum......

Malam nie baru berkesempatan untuk update blogku....Malam nie nak cerita mengenai kolesterol sempena dengan pelancaran produk terbaru Shaklee iaitu Phytocol St.

Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang dihasilkan di hati atau usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembetukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan. Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa  kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia  dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai Lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Terdapat 3 jenis kolesterol iaitu:

1.   Low-Density Lipoprotein atau kolesterol LDL Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol dalam arteri dan kemungkinan  menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebabnya LDL sering dipanggil "Kolesterol Jahat".

2.   High-Density Lipoprotein atau kolesterol HDL
Kolesterol HDL juga dipanggil sebagai "kolesterol baik" kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan daripada darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
3.   Trigliserida
Trigliserida ialah satu lagi jenis lemak di dalam aliran darah. Seseorang yang mempunyai paras trigliserida dalam darah yang tinggi berkemungkinan juga mempunyai aras LDL yang tinggi atau paras HDL yang sangat rendah.


* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.

160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.  



Tanda-tanda orang mengalami kolesterol tinggi

1.  Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu - akibat kekurangan oksigen.

2.  Cepat mengantuk - terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.

3.  Kesemutan - terjadi kerana darahnya yang pekat. Kadar kolesterol yamg tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4.  Timbunan lemak di atas kelopak mata - timbunan ini mengandungi kadar trigliserida yang tinggi.

5.  Mudah letih

6.  Sering sakit kepala - aliran darah ke kepala dan otak berkurang.

7.  Kaki bengkak

Setakat nie jer buat malam nie....Kita jumpa lagi di lain hari yer....





Tagged:

0 comments:

Post a Comment